Thursday, September 20, 2007

CADANGAN/ALTERNATIF

4.0 CADANGAN / ALTERNATIF

Walaupun kawasan Taman Bukit Dumbar ini dibangunkan untuk penduduk sekitar kawasan Jelutong, namun terdapat beberapa alternatif perlu diambil bagi menggalakkan kaum-kaum lain dan penduduk luar kawasan ini mengunjungi taman ini seperti kaum India, Melayu, Sikh dan lain-lain. Antaranya ialah:

a) Semua aktiviti di taman ini diwarwarkan secara bertulis atau media massa dari rumah ke rumah. Contohnya, edaran risalah dan pengumuman radio.

b) Penglibatan kaum Melayu dan lain-lain selain Cina perlu dipertingkat daripada aspek bilangan pengunjung dengan cara penganjur turun padang ke kawasan masyarakat yang hampir dengan taman ini dan memberikan galakan penjagaan kesihatan dengan menyertai aktiviti di taman ini.

c) Aktiviti kesihatan seperti jogging, senamrobik, Tai Chi serta tarian sememangnya digemari oleh semua kaum di taman ini kerana bertujuan untuk kesihatan tetapi penglibatan kaum Melayu, India dan lain-lain adalah kurang berbanding kaum Cina, maka untuk menjayakan hubungan etnik antara semua kaum ini, aktiviti seperti ekspo kesihatan atau makanan boleh diadakan di kawasan taman ini. Boleh dikatakan sekiranya aktiviti ini dijalankan, jumlah penduduk yang kepelbagaian kaum ini akan meningkat untuk ke taman ini dan beraktiviti.

d) Bagi meningkatkan penggunaan ruang di kawasan taman ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut:

- membaiki kawasan padang bola yang selalu berair apabila hujan dengan menambak tanah dan meletakkan rumput kemasan yang lebih sesuai untuk mengekalkan keadaan semulajadinya.
Mewujudkan meja-meja dan kerusi-kerusi kontrit berbentuk simen ceffero pada sudut tengah atau bahagian tepi padang. Fungsinya adalah untuk menjadikan tempat duduk ini sebagai kawasan permainan tradisional seperti Congkak, Batu Seremban, Dam Ular, Dam Haji, Dam Cina dan sebagainya serta permainan moden seperti ‘Chest’, Sahibba, Monopoly dan seumpamanya. Ini kerana kawasan padang ini tidak selalu digunakan secara serius dan kurang kemalangan yang akan berlaku seperti terkena bola. Pengunjung juga dapat menikmati suasana yang nyaman dan menikmati pemandangan laut Pulau Pinang semasa bermain. Kami percaya hubungan antara kaum boleh dipertingkatkan lagi dengan penambahan ini dan menggalakkan orang ramai datang. Susunannya adalah seperti lakaran di bawah:




Kawasan padang yang berair bila hujan


PELAN KAWASAN TAMAN BUKIT DUMBAR


PELAN CADANGAN

* untuk paparan lakaran @ gambar yang jelas sila klik link pada Laporan Kajian.

No comments: