PRAKATA
Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang diasaskan oleh hubungan etnik yang positif dan bersifat sinergi telah menarik minat negara luar untuk mengetahui rahsia di sebalik kejayaan ini. Kekuatan hubungan yang terjalin antara etnik ini sebenarnya bukanlah untuk dihuraikan kepada orang luar, tetapi yang penting kepada rakyat Malaysia sendiri. Justeru dalam merealisasikan aspirasi negara, langkah Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewajibkan Kursus Hubungan Etnik kepada pelajar universiti, yang merupakan bakal pemimpin dan penggerak kemajuan negara, adalah satu tindakan yang tepat pada waktunya.
Untuk membina satu masyarakat yang kukuh dan bersepadu, kesemua kumpulan etnik yang ada di Malaysia perlu disatukan. Salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan kesatuan ini ialah menerusi perkongsian nilai-nilai murni agama. Persamaan yang ada terutama dari aspek nilai-nilai murni khususnya yang bercorak nilai-nilai kemanusiaan sesuatu agama perlu diberi penekanan. Persefahaman tentang nilai-nilai murni yang sepunya iaitu yang berbentuk nilai kemanusiaan perlu dijadikan asas ke arah mengekalkan keharmonian negara dan kesejahteraan bangsa.
Kejayaan dan pembangunan yang dikecapi hari ini ialah hasil gabungan usaha gigih kesemua kumpulan etnik. Sebagai contoh yang paling mudah, etnik Cina yang dikenali sebagai satu bangsa yang pandai berniaga mampu untuk menjalankan perniagaan hasil daripada kerja gigih pegawai polis dan tentera yang majoritinya dianggotai oleh etnik Melayu. Etnik India pula yang ramai terlibat dalam mengekalkan kesejahteraan persekitaran telah memungkinkan kita untuk terus berada dalam keadaan yang bersih dan indah. Dari sini jelas menunjukkan perpaduan dan keharmonian di Malaysia adalah daripada kepelbagaian.
Dalam usaha memupuk nilai murni dalam masyarakat pelbagai etnik ini, kita perlu mencari apakah itu nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam setiap agama yang boleh dikongsi bersama. Penggarapan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh setiap agama perlulah digunakan sebagai asas rumusan nilai-nilai bersama. Nilai yang boleh dikongsi bersama atau nilai sepunya inilah yang perlu dijadikan asas penting dalam mengekalkan keharmonian negara dan memupuk persefahaman antara kumpulan etnik kerana keamanan dan keharmonian adalah kehendak dan tuntutan setiap naluri manusia tidak kira apa agama anutannya.
kursus "Hubungan Etnik" yang diperkenalkan ke universiti merupakan satu langkah positif dan janganlah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Pengajaran dan pembelajaran subjek 'Hubungan Etnik' di universiti patut di teruskan kerana ianya merupakan satu langkah yang baik untuk memperkenalkan budaya, identiti serta hubungan di antara pelbagai kaum yang amat unik dan berharga di Malaysia. Kursus ini berupaya mengukuhkan lagi hubungan di antara pelbagai kaum di negara ini untuk hidup dan bekerja di dalam suasana yang progresif, dinamik dan harmoni. Perayaan-perayaan agama ataupun kaum-kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Hari Natal, Hari Gawai, perayaan keamatan dan sebagainya yang seringkali disambut bersama oleh semua pihak tanpa mengira agama ataupun kaum. Walaubagaimanapun perlu disertakan juga usaha-usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dan mengukuhkan hubungan antara kaum selain cabaran dari luar dan dalaman yang cuba menghalang daripada objektif murni ini dicapai"
Sunday, September 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment