3.0 RUMUSAN KESESUAIAN
Secara keseluruhannya ruang ini sangat sesuai bagi menjalankan sebarang aktiviti untuk pelbagai kaum kerana lokasinya yang besar dan selesa. Selain itu segala kemudahan asas juga disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk kemudahan penduduk yang mengunjungi Taman Bukit Dumbar ini seperti surau, tandas, tempat rehat, kerusi rehat disamping dua buah kuil yang sedia ada. Kawasan ini juga bersebelahan dengan Pusat Badminton dan Pusat Skuasy Antarabangsa yang terbuka untuk umum. Disini juga terdapat satu bangunan dan tangki graviti PBA. Namun penglibatan semua kaum terutamanya kaum Melayu, India dan lain-lain perlu dipertingkatkan lagi bilangannya. Secara umumnya hubungan etnik yang sedia ada antara kaum di taman ini sangat baik walaupun bilangan kaum Cina lebih ramai. Ini kerana kerana setiap kaum faham tujuan hidup bermasyarakat dan saling berinteraksi walaupun wujud kaum minoriti dan majoriti di taman ini.
Selain itu, kami yakin Y.B. Dato’ Lee Kah Choon selaku Adun Kawasan Jelutong sentiasa memastikan setiap penduduk kawasan Jelutong sentiasa berinteraksi dan menjaga kesihatan. Ini kerana kami mendapati semua peralatan disini diselenggara dengan baik dan segala aktiviti di sini jelas kelihatan kerana kawasannya tidak seluas Taman Belia, Pulau Pinang dan sememangnya memfokuskan perihal kesihatan. Selain itu terdapat juga ruang-ruang persendirian yang umum untuk kumpulan penduduk tertentu menjalankan aktiviti bersama seperti acara Tai Chi tahap tinggi, tarian tradisional dan sukaneka.
Berdasarkan dapatan kajian, kami merumuskan bahawa bilangan penduduk yang hadir ke taman ini mengikut umur adalah tidak sama. Secara keseluruhannya bagi aktiviti bersukan rata-ratanya disertai oleh golongan remaja dan pertengahan. Bahkan dikawasan taman ini jumlah pengunjungnya adalah hampir sama setiap hari bekerja kerana mereka merupakan pengunjung yang tetap. Tetapi sebaliknya jika hari minggu iaitu Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am, jumlah orang ramai adalah lebih dari kebiasaannya. Ini kerana kawasan ini tidak terhad kepada penduduk sekitar Jelutong semata-mata sebaliknya ramai juga penduduk sekitar Pulau Pinang datang untuk beraktiviti di taman ini.

Pusat Kecergasan Luar Bukit Dumbar
Aktiviti Penduduk
Kawasan Kependudukan Berhampiran
Kuil Cina dan Trek Jogging
Antara ruang kesendirian bagi aktiviti kumpulan
(Binaan ini adalah sejak 1957)
No comments:
Post a Comment