Thursday, September 20, 2007

PENUTUP

5.0 PENUTUP

Projek penyelidikan ini memberi fokus dalam memahami realiti hubungan antara kaum dalam konteks alam bina dan pembangunan persekitaran. Data penduduk yang mempunyai rujukan ruangan membenarkan pengumpulan data dibuat pada apa-apa peringkat geografi seperti enumeration block yang diguna dalam banci penduduk, daerah pihak berkuasa tempatan, negeri, negara atau apa-apa sempadan yang diperlukan untuk kajian ini. Tapak kajian Taman Bukit Dumbar untuk projek penyelidikan ini adalah contoh sebuah kawasan kecil. Data penduduk terperinci kepada individu dengan rujukan kepada penglibatan aktiviti penduduk diperlukan untuk mengetahui ciri-ciri hubungan etnik di Taman Bukit Dumbar ini. Daripada permasalahan ini, satu kajian data dihasilkan untuk membenarkan pengumpulan dan penyimpanan data untuk tujuan analisis ruangan di Taman Bukit Dumbar ini bagi mengkaji hubungan etniknya.

Kami bersyukur kepada tuhan kerana tidak menghadapi masalah sepanjang menjalankan kajian ini kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari setiap individu yang berada di taman ini. Walaubagaimanapun, secara realitinya kami percaya hubungan etnik di kawasan ini masih perlu diperbaiki dengan menjayakan penglibatan semua kaum. Masih terdapat beberapa kekangan bagi kaum tertentu seperti kaum Melayu, India dan lain-lain untuk bersama-sama beraktiviti di kawasan taman ini. Secara fizikal, di kawasan Taman Bukit Dumbar ini jumlah penduduk yang berada di taman ini sentiasa ramai kerana kawasan ini tidak seluas kawasan Taman Belia, Pulau Pinang. Kami sekumpulan juga yakin ini merupakan satu usaha kerajaan agar rakyat keluar bergaul dan menjalankan aktiviti bersama.

Jesteru realiti hubungan antara kaum dalam konteks alam bina sangat penting kerana manusia sentiasa memerlukan ruang untuk bersama keluarga, bersendiri, bermasyarakat dan beraktiviti.

No comments: