Wednesday, September 19, 2007

PENEMUAN

2.0 PENEMUAN

2.1 Penjelasan Tapak / Ruang

Tapak / Ruang yang dipilih oleh kumpulan kami di Taman Bukit Dumar ini ialah kawasan padang jogging. Pada setiap Hari Isnin jam 6.00 petang, satu aktiviti senamrobik anjuran Y.B. Kawasan Jelutong iaitu Y.B. Dato’ Lee Kah Choon diadakan bagi penduduk / pengunjung Taman Bukit Dumbar. Kawasan padang jogging ini berkeluasan seluas padang bola dengan rekabentuk nombor 0 jika dilihat dari pemandangan atas. Kawasan ini separa berbukit dengan padang di tengah-tengahnya dan kawasan kelilinginya merupakan trek jogging.














Gambar : Banner aktiviti dan kawasan padang
2.2 Aktiviti / Penggunaan Ruang

Kawasan trek padang jogging ini tidak terhad kepada aktiviti berjogging semata-mata kerana kawasan padangnya yang boleh diadakan pelbagai aktiviti seperti Hari Keluarga, acara senamrobik, Tai Chi dan sebagainya. Bagi kajian ini kami memilih aktiviti senamrobik sebagai penggunaan ruang ini kerana aktivitinya tetap setiap minggu pada hari Isnin jam 6.00 petang. Selain itu terdapat juga kawasan refleksiologi , peralatan kecergasan dan padang permainan di taman ini.








Tapak Refleksiologi Aktiviti Senaman ,Tai Chi dan Padang Permainan















Peralatan Kecergasan Padang Bola dan Trek Jogging

2.3 Konteks Hubungan Etnik

Acara senamrobik bersama “Kak Rose” ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2007. Fungsinya adalah untuk menggalakkan rakyat / penduduk kawasan Jelutong hidup secara sihat di samping tugasan harian. Tidak dinafikan kawasan Jelutong dihuni oleh ramai orang cina berbanding orang Melayu dan bangsa-bangsa lain(Sumber: Jabatan Perangkaan Pulau Pinang).

Kumpulan kami telah menjalan kajian ini sebanyak tiga kali perjumpaan aktiviti senamrobik iaitu pada 20 Ogos, 27 Ogos dan 10 September. Dapatkan kajian kami adalah seperti berikut:



L = Lelaki Dewasa, P= Perempuan Dewasa, KL= kanak lelaki, KP= kanak perempuan


Jadual 1 : Cerapan pecahan mengikut kaum dari aktiviti senamrobik
A= 5 -15 thn B= 16 – 25 thn C= 26 -40 thn D= 40-60 thn

Jadual 2 : Cerapan pecahan mengikut umur dari aktiviti senamrobik


Hasil dapatan kajian kami juga menunjukkan lebih 100 orang berada dikawasan padang yang sama iaitu untuk berjogging ataupun bersenamrobik. Walaubagaimanapaun daripada data yang telah kami perolehi menunjukkan kawasan ini dan pelbagai aktiviti di taman ini lebih banyak dihadiri oleh penduduk kaum Cina berbanding kaum-kaum lain. Walaupun ianya adalah acara senamrobik, tidak ramai golongan lelaki yang berumur 20-40 tahun yang menyertai aktiviti ini. Rata-ratanya golongan lelaki yang mengikuti aktiviti ini adalah lebih 40 tahun ke atas. Kebanyakan mereka lebih suka berjogging. Bagi kes peserta wanita pula adalah berlainan. Bilangan mereka amat ramai dari peringkat umur remaja sehingga dewasa. Dari gambar di bawah kita dapat melihat penglibatan setiap kaum bagi aktiviti ini malah OKU juga tidak dikecualikan.

Walaupun acara senamrobik ini dikendalikan oleh orang melayu, ternyata ia tidak menjadi halangan kepada kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain untuk bersama-sama dalam aktiviti ini. Sebaliknya mereka gembira menyertai aktiviti ini. Bagi aktiviti Tai Chi, seramai 40 orang Cina, 5 orang Melayu dan tiada kanak-kanak yang menyertainya serta mereka terdiri daripada golongan umur pertengahan antara 40 tahun hingga 60 tahun. Tenaga pengajarnya pula adalah seorang Cina yang akan mengajar setiap hari pada pukul 7.30 pagi dan pukul 6.00 petang. Jumlah pengibatan orang ramai setiap hari adalah tidak sama. Tetapi bilangan orang Cina sentiasa ramai berbanding kaum-kaum lain.

Tai Chi

Peserta Senamrobik

Pengajar Senamrobik : Kak Rose

Peserta Senamrobik : Tiada batasan kaum dan umur

OKU, Warga tua dan muda dari pelbagai bangsa

No comments: