Wednesday, September 19, 2007

PENGENALAN KAJIAN

1.0 PENGENALAN KAJIAN

1.1 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi memahami realiti hubungan antara kaum dalam konteks alam bina dan pembangunan persekitaran. Bentuk projek ini ialah mengkaji kesesuaian “Ruang” untuk pelbagai kaum. Pelajar perlu memahami konsep penggunaan ruang bagi kawasan yang dipilih sama ada berlakunya penglibatan semua atau sebilangan kaum serta menyatakan cadangan pembaik-bolehan sekiranya perlu. Kajian ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana hubungan etnik boleh berlaku dalam sesuatu ruang dan dapat mempertingkatkan lagi nilai-nilai murni dalam sesebuah hubungan etnik.

1.2 Lokasi Kajian

Kumpulan kami telah memilih kawasan Taman Bukit Dumbar sebagai tapak kajian. Taman Bukit Dumbar ini terletak di kawasan Jelutong di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.



Kawasan ini berkeluasan 2km persegi. Fungsi utama kawasan ini adalah sebagai kawasan rekreasi. Taman Bukit Dumbar ini dilengkapi dengan trek jogging, padang permainan, padang bola, padang bola jaring, alatan kecergasan, kuil Cina, tapak refleksiologi dan pelbagai aktiviti masyarakat sekitar.



PELAN KUNCI : Peta Pulau Pinang




PELAN TAPAK: Kawasan Penduduk Jelutong


PELAN TAPAK: TAMAN BUKIT DUMBAR


Taman Bukit Dumbar 1957

Taman Bukit Dumbar 2007

1.3 Objektif

a) Memilih sebuah ruang bagi lokasi kajian
b) Memahami realiti hubungan antara kaum
c) Mengkaji realiti hubungan etnik dengan alambina
d) Mengkaji kesesuaian ruang untuk pelbagai kaum

1.4 Pendekatan

Kumpulan pelajar kami terdiri daripada 3 orang iaitu pelajar dari keturunan Melayu, Cina dan Acheh dengan bimbingan seorang pensyarah iaitu Dr. Ahmad Puad bin Mat Som. Ruang pilihan kami ialah kawasan trek jogging di Taman Bukit Dumbar, Jelutong. Pelajar juga menmbuat analisis kesesuaian penggunaan ruang yang telah dpilih dan memberikan cadangan penambahbaikan yang perlu.

1.5 Rasional Pemilihan Tapak

Taman Bukit Dumbar merupakan sebuah lokasi yang ramai dikunjungi oleh penduduk sekitar yang terdiri daipada pelbagai kaum seperi Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Konsep pengunjungan mereka adalah untuk menikmati hidup secara sihat dengan melaksanakan aktiviti senaman iaitu salah satu keperluan manusia menurut teori Maslow seperti keperluan rekreasi. Antara aktiviti yang menjadi kebiasaan di taman ini ialah berjogging, senaman, senamrobik, ‘taichi’, tarian, bermain bolasepak dan bola jaring serta aktiviti rekreasi.

No comments: